Blogger Layouts

Friday, April 16, 2010

~ReNuNgAn~

1. Ibnu Munkadir berkata : "bagiku nikmat dunia ini hanya ada tiga perkara iaitu qiamullail, silaturrahim dan solat berjemaah". Wahai insan yang beriman, renungkanlah dirimu agar kamu mengetahui hakikat dirimu sendiri, dengan demikian kamu akan mengenali Pencipta Yang Maha Agung. Berilah penawar dalam jiwa agar ia tetap suci dan tunduk pada Ilahi.

2. Sabda Rasulullah s.a.w : " Rebutlah peluang lima sebelum lima : Masa muda sebelum tiba masa tua. Masa sihat sebelum tiba masa sakit. Masa lapang sebelum tiba masa sibuk. Masa kaya sebelum tiba masa papa. Dan masa hidup sebelum tiba masa mati".

3. Setiap jiwa merindui kebenaran Ilahi, kerana di sebalik setiap kerinduan itu tersimpan kenikmatan yang paling indah, yang sangat sukar untuk diucapkan dengan kata-kata. Hanya jiwa yang beriman dalam meneguk makrifatullah yang dapat merasakan betapa agungnya jiwa yang mahmudah.

4. Berikan sepenuh kasih sayang kepada ibu bapa, kerana mereka adalah pemegang tali penghubung nyawa ketika kamu meningkat dewasa; kasih mereka terhadap anak adalah kasih dari titisan air mata dan titik peluh yang mungkin tidak terbalas.

5. Setiap kemaksiatan adalah racun di dalam hati yang merosakkan kesucian jiwa seseorang, kerana ia rindu membuat dosa yang akan mewariskan kehinaan. Oleh sebab itu, meninggalkan dosa bererti menghidupkan dosa dan memancarkan cahaya keimanan di celah-celah sanubari insan.

Wahai kawan-kawanku!!!hayatilah, fahamilah serta ikutilah...sesungguhnya Allah itu Maha Menyayangi hamba Nya... :-)

Sunday, April 4, 2010

WoRk Is KerJa....

erm..dh nak masuk 4 bln aku praktikal nie...tinggal lagi 2 bln je..hooray!!!
praktikal kat majlis perbandaran subang jaya (mpsj)..huh..ble dh keje nie bru tau rse keje 2 cm ne..
kadang2 memenat kn..kadang2 kebosanan akibat xde keje..
bende2 nie mmg wat idop kite jd kelam kabut..ye ke??haha
sape2 yg nk prktikal 2 cari la tmpt yang betol2 ok... :-)